Program Milo Bersama Komuniti PPR Kg Muhibbah
18 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2019, hari Sabtu telah diadakan Program Milo bersama Komuniti PPR Kg Muhibbah di padang PPR Kg Muhibbah Fasa ll. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi berlangsung sehingga 12.00 tengah hari. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik ditawarkan kepada komuniti seperti baju tshirt, Notebook, Milo 3 dalam 1 dan lain-lain lagi. Pemberian air milo secara percuma juga dibuat kepada komuniti yang menyertai program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Mini Sepak Bola, Soalan-soalan kuiz, Sasaran Seimbang dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berkaitan dengan Milo untuk mendapatkan tenaga bagi menyelesaikan setiap aktiviti yang diadakan. Peserta dikehendaki mendapatkan sebanyak 4 cop bagi kesemua aktiviti dan melayakkan diri bagi memutar roda hadiah sebagai ganjaran melengkapkan kesemua aktiviti yang diadakan. Seramai 100 orang dianggarkan menyertai program bersama Milo ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: